-0.7 C
New York
12.12.2019
Business

TIPS & TRICK SETUP INSTAGRAM ADS 2019 OFFICIAL

Nak tahu kenapa? Perasan tak? Bila korang buka facebook, berderet ads yang keluar di timeline anda, sampai satu masa kita dah malas nak tengok ads di Facebook sebab TERLALU BANYAK & PANJANG BERJELA! Penyediaan copywriting di Facebook juga agak rumit dan perlu daya yang kreatif sehingga mampu menangkap jiwa audience! Jadi, masa ini lah kita nak rebut peluang untuk tembus ruang lain di Instagram untuk buat marketing produk kita. Instagram pula ada dua jenis platform:

1. Instagram Feed

2. Instagram Story/ Instastory

Kenapa saya LEBIH memilih Instastory Ads?

FIRST, kalau kita perhati, rata-rata sesetengah rakyat Malaysia ada satu habit baru! Mereka suka belek-belek Instastory, scroll swipe left one-by-one sampai Instastory mereka habis dan ini juga habit saya bila saya free! Jadi ini peluang untuk kita convert habit ini kepada peluang! So potensi untuk iklan kita dilihat di Instastory akan lebih tinggi! Seronok kan?

SECOND, iklan di Instastory ni lebih santai. Tak perlu copywriting yang melampaulampau, tak perlu formal, tak perlu ambil masa berjam-jam untuk siapkan grafik, hanya santai macam anda post biasa-biasa di Instastory anda tu. Tapi, mesti kene ada strategi yang saya akan bongkarkan dalam bab yang seterusnya. Kebiasannya, orang suka belekbelek akaun Instastory masa mereka tengah free, rilex dan ada masa untuk diri sendiri. Jadi peluang inilah yang kita perlu rebut untuk tarik perhatian mereka dengan iklan kita dan convert to sales! Dengan syarat, anda perlu baca ebook ini sampai habis, sebab apa yang saya kongsikan dalam Ebook TTSIA ini adalah berdasarkan pengalaman saya sepanjang mengendalikan Facebook dan I

Susah ke nak buat Instastory Ads ni?

Sebelum anda proceed ke bab yang lebih teknikal, saya nak anda pastikan anda mempunyai masa yang lapang untuk hadam dan fahamkan setiap perkara yang saya sampaikan dalam Ebook TTSIA ni. Tipulah kalau saya kata senang tapi taklah terlalu susah. Saya sendiri pernah rasai kegagalan semasa jalankan ads ini. Tapi anda perlu engat, setiap kegagalan yang berlaku mesti ada sebab! Tujuan saya buat ebook ni, saya nak pastikan anda semua tak ulangi kesilapan yang saya pernah buat sebelum ini. Pernah sekali tu, saya pernah dapat number of clicks yang sangat tinggi, tapi takde sorang prospek pun yang whatsapp saya! Ini pun salah satu punca kegagalan yang saya akan bongkarkan dalam ebook ni. Saya nak anda faham dan buka mata, antara punca iklan yang gagal mendapat sambutan, bahkan KOS IKLAN YANG SANGAT TINGGI!

Sebelum kita beralih ke technical part, kita perlu faham perkara asas perjalanan Instastory marketing sehingga kita convert leads ke sales!

+ Sediakan iklan/grafik yang berskala bersesuaian dengan skala IG story

+ Fahami audience dan prospek sasaran anda

+ Sediakan budget yang berpatutan untuk ads sampai ke audience yang luas

+ Setting Instastory ads anda berdasarkan ebook ini

+ Iklan anda sampai ke Instastory prospek

+ Prospek swipe up ke whatsapp/website anda

+ Leads convert to sale, InshaAllah!

Akhir kata, saya berharap agar anda yang membeli ebook ini dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya. Semoga apa jua kesulitan yang anda hadapi sepanjang jalankan online marketing ni dapat dipermudahkan dengan ilmu yang saya ada ini. Dengan adanya ebook ini, saya berharap agar apa jua produk anda dapat dikenali dengan lebih pantas dan seterusnya menjana sales yang meroket setiap hari. Dengan lafaz مِسْ , ال ّر ْح ال ّر ِحيِم َم ِن ب ا َّللِ ِ Jom!

“FAST ACTION, FAST RESULTS!”

GARIS PANDUAN

Terlebih dahulu saya nak ucapkan tahniah kepada anda kerana memiliki ebook ini. Saya ingin menegaskan bahawa ebook ini perlu dibaca dengan teliti untuk meningkatkan kefahaman anda serta praktikal dengan menggunakan produk anda. Ebook ini mengandungi 5 bab yang perlu anda teliti.

Bab 1: Teknik pemilihan produk Dalam bab ini, saya akan menerangkan betapa pentingnya pemilihan produk, bagaimana untuk memilih produk serta peluang menjana sales yang berterusan secara offline!

Bab 2: 6 Keperluan utama menjalankan iklan Bab ini akan menguraikan secara ringkas keperluan yang diperlukan untuk melancarkan proses pengiklanan anda tanpa sebarang gangguan.

Bab 3: Teknik penyediaan grafik Penyediaan grafik merupakan steps yang agak kritikal untuk menarik minat prospek untuk tahu produk anda dengan lebih lanjut. Dalam bab ini, saya akan bongkarkan formula untuk hasilkan grafik dengan cara yang mudah, tetapi lebih kemas, professional dan mempunyai potensi untuk convert to sales!

Bab 4: Cara setting Instagram Story Ads Ini merupakan bab yang paling kritikal. Saya akan bongkarkan rahsia untuk memastikan iklan anda mempunyai trafik yang tinggi, teknik mengenalpasti audience yang betul serta placement yang betul. Saya juga menerangkan cara menapis warga asing yang akan membuatkan iklan anda lebih fokus terhadap prospek anda sahaja. Lubuk interest yang sesuai juga turut terangkan dalam bab ini.

Bab 5: Bonus copy writing untuk jalankan Instagram Feed Ads Bagi mereka yang masih memilih untuk post di Instagram Feed, bab ini khas untuk anda! Saya akan mengajar anda formula untuk copywriting yang ringkas dan padat!

Download full Ebook click here

Related posts

Leave a Comment